FESTIVAL LAYANG-LAYANG SEDUNIA 2016
Festival
ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Johor melalui Majlis Perbandaran Pasir Gudang
dengan kerjasama Jabatan Pelancongan Negeri Johor, Persatuan Pelayang
Johor dan Majlis Pelayang Malaysia. Ia dijangka dicatat dalam Malaysia
Book of Records sebagai penyertaan terbanyak negara antarabangsa.
Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2016
- Tarikh : 24 hingga 28 Februari 2016
- Tarikh Perasmian : 26 Februari 2016 jam 830 malam
- Lokasi : Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang (Johor)
- Tema : Terokai Dan Warnai Tradisi.
Bertemakan 'Terokai dan Warnai Tradisi', festival ini dijangka menarik 200,000 pengunjung dan
majlis perasmian festival itu akan diadakan pada sebelah malam, 26
Februari 2016 di Bukit Layang-Layang dengan pelbagai acara menarik
disediakan kepada pengunjung termasuk persembahan layang-layang,
persembahan tatu oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta
pertunjukan bunga api.
Program lain yang berlangsung sepanjang
festival itu termasuk pertandingan membuat wau tradisional, pameran dan
bengkel layang-layang dan pelbagai acara lain.
"Selamat berkunjung ke Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2016"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan