Mishaj Follower

TERMA & SYARAT




PLEASE READ DMENGENAI SYARAT MENYEWA.

SYARAT-SYARAT DAN PERJANJIAN UNTUK MENYEWA KERETA

1.     SESIAPA YANG TIDAK MEMPUNYAI LESEN MEMANDU KELAS ‘D’ TIDAK DIBENARKAN UNTUK MEMANDU KERETA YANG DISEWA DAN SEKIRANYA PERKARA INI TIDAK DIPATUHI PENYEWA AKAN DIPERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA.

2.     PENYEWA DILARANG SAMA SEKALI MELAKUKAN SEBARANG KEGIATAN JENAYAH  YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG KERAJAAN MALAYSIA.

3.     PENYEWA TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI MENUKAR SEBARANG ALAT GANTI TERHADAP KERETA YANG DISEWA.

4.     SEGALA TUNTUTAN SAMAN JALANRAYA ATAUPUN SAMAN YANG DIKELUARKAN OLEH MANA-MANA PIHAK BERKUASA HENDAKLAH DITANGGUNG SEPENUHNYA OLEH PENYEWA.

5.     SEBARANG KEMALANGAN (KECIL ATAU BESAR) AKAN DITANGGUNG SEPENUHNYA OLEH PENYEWA DAN PENJAMIN TERBABIT. SEBARANG TUNUTUTAN GANTIRUGI AKAN DIKENAKAN MENGIKUT KEROSAKAN YANG DIALAMI.

6.     KERETA YANG DISEWA MESTILAH DIPULANGKAN TEPAT MENGIKUT MASA YANG DIJANJIKAN. SEKIRANYA LEWAT, BAYARAN TAMBAHAN AKAN DIKENAKAN SEBANYAK RM5.00 UNTUK SETIAP ½ JAM. SEKIRANYA PENYEWA TIDAK MEMULANGKAN KERETA MELEBIHI 24 JAM TANPA SEBARANG PESANAN / MAKLUMAT ADALAH DIANGGAP SEBAGAI KES “CURI KERETA”. LAPORAN POLIS AKAN DIBUAT DENGAN SEGERA. SEBARANG MASALAH YANG TIMBUL AKAN DITANGGUNG SEPENUHNYA OLEH PENYEWA TERBABIT. PENYEWA MESTILAH MENGHUBUNGI TUAN PUNYA KERETA SEKIRANYA INGIN MENAMBAH SEWAAN HARIAN BERIKUTNYA.

7.     MOTOSIKAL YANG DITINGGALKAN ADALAH SEBAGAI CAGARAN TERHADAP KERETA YANG DISEWA. SEKIRANYA BERLAKU SEBARANG KEMALANGAN, MOTOSIKAL TERBABIT TIDAK AKAN DISERAHKAN KECUALI BAYARAN GANTIRUGI DIJELASKAN SEPENUHNYA. SEKIRANYA PENYEWA TIDAK MAMPU MEMBAYAR GANTIRUGI TERSEBUT, MOTOSIKAL TERSEBUT AKAN MENJADI HAK MILIK TUAN PUNYA KERETA TERSEBUT.  PROSES PEMINDAHAN NAMA HARUSLAH DILAKUKAN DENGAN SEGERA DAN PENYEWA TERBABIT HARUSLAH MEMBERIKAN KERJASAMA SEPENUHNYA.

8.   KERETA YANG DISEWA ADALAH TANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA OLEH PENYEWA DALAM MASA YANG TELAH DIJANJIKAN.  SEBARANG MASALAH ATAUPUN KES YANG TIMBUL, ADALAH TANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA OLEH PENYEWA DAN PENJAMIN TERBABIT.  IANYA TIADA KENA MENGENA DENGAN TUAN PUNYA KERETA TERSEBUT.  JADI DIINGATKAN SENTIASA “BERHATI-HATI DI JALAN RAYA”.  KERETA YANG DISEWA HARUSLAH DIJAGA DENGAN SEBAIK MUNGKIN.

KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI 

MR IZZAM - 012-7664596 / 011-15391876

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...